Thursday, April 26, 2018

Kesimpulan Mudah, apa rakyat Sabah perlu undi untuk PRU14 kali ini

28 haribulan penamaan Calon. Apa saya dapat simpulkan, Gabungan Sabah/PCS masih dilihat Parti Berasaskan serta bersentimenkan KDMR.
Warisan pula, sudah dilihat seperti landasan yang baik, malangnya EGO merasakan tanpa GS/PCS, mereka mampu menang.
PH pula dilihat bekerjasama dengan Warisan, mungkin mengganggap kerjasama mereka sudah cukup kuat untuk tumbangkan BN UMNO di Sabah, sebaliknya regim dari persekutuan ini hanya inginkan mandat supaya TEAM B Malaya akan pegang tampuk Putrajaya.
Still, Sabahan akan tetap dibawah junjungan Pemimpin-Pemimpin Persekutuan Malaya.
Kesimpulan sebenar-benar adalah, BERPECAH tetap memberi laluan pada BN UMNO untuk mendapatkan tampuk pemerintahan mereka semula.
Saya simpulkan SEMUA TIDAK LAYAK DIUNDI kerana mengamalkan UNDI PECAH.
Menang, Tahniah. Kalah, Kotoh.
Selamat menikmati 5 tahun elaun lagi.
Rakyat Sabah tetap 'iri om iri'.
#UndiRosak
#NoUnityNoVote
#Caps

No comments:

Post a Comment