Dengan penuh rendah hati saya ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi jalan-jalan yang tidak disangka-sangka untuk membantu #4BradikOKUYatimPiatuKENINGAU.
**
Mereka akhirnya telah mempunyai sebuah rumah walaupun kecil tetapi cukup membantu dan menampung kehidupan mereka sehari-hari tanpa perlu menyewa rm350 sebulan dan tinggal di rumah usang.
**
Terima Kasih pada Pihak Jabatan Kebajikan Sabah serta beberapa pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga mampu terdirinya rumah 4 bradik OKU ini.
**
Dengan itu saya MENUTUP #ProjekAmalBinaRumah4BradikOKUKENINGAU secara rasminya. Hasil pungutan berjumlah RM2,400.00 dari pelbagai pihak akan dimanfaatkan untuk bantu 'extend' dapur jika diberi kebenaran oleh Pihak JKM, insyaAllah kita akan melalui urusan rasmi berkenaan pembinaan mini ini.
**
Saya bersyukur kerana IMPIAN SAYA TERCAPAI melihat adik bradik OKUIni mendapat tempat tinggal sebaiknya sebelum menikmati Hari raya (InsyaAllah) WALAUPUN kami (APSR) tidak berpeluang membinanya.
Inilah dikatakan suara kecil akan mampu membawa sesuatu perubahan, pastinya kita sama-sama bersyukur dan akan cuba mengambil tempat memberi kesedaran cinta kasih tanpa batas disekeliling kita.
**
Saya juga akan berhenti VIRALKAN keperluan mereka, kerana saya percaya ramai pihak terutama ada NGO serta individu di Keningausekitarnya maklum keperluan bulanan mereka malah pihak JKM juga berjanji akan terus membantu OKU2 ini dengan menimbang bentuk bantuan seterusnya selepas terbinanya rumah.
**
Dalam sekitar Ramadhan akan melawat mereka selepas mereka menerima kinci dari pihak JKM, mudah2an akan lebih ramai akan menghulurkan bantuan bukan saja pada mereka malah orang-orang susah dan memerlukan disekeliling kita.
Terima kasih sekali lagi para penyumbang, pastinya hasil sumbangan anda akan dizahirkan dalam bentuk 'extend' dapur dengan kos minimum insyaAllah.
Mimpi Besar, Mulakan dengan kecil-kecilan.
Gambar : Saudara Azizan (Penjaga dan adik bradik 4 oku)

No comments:
Post a Comment