Alhamdulillah, hasil sumbangan beberapa individu yang memasukkan ke dalam akaun APSR #PoketAmalAPSR, hari ini kita telah jayakan misi menghantar bantuan kepada 4 Beradik OKU Yatim Piatu ini, insyaAllah bekalan beras untuk sebulan atau lebih, beserta lauk pauk mungkin boleh bertahan seminggu atau lebih termasuklah 5 biji gelen untuk air bersih total 125 liter supaya penjaga beradik susah ini dapat mengambil air tanpa perlu menggunakan botol mineral water lagi.
-
Total perbelanjaan dalam bil RM350, unbilled RM50+ menggunakan kocek sendiri termasuk daripada volunteers dan para penyumbang.
-
Ini yang termampu saya kempen untuk bantuan ini, insyaAllah saya berkempen sambil membawa mesej bahawa orang-orang seperti ini harus dibantu sebaiknya sehingga mereka benar-benar mampu berdikari. Payahnya jaga seorang anak inikan pula menjaga 4 oku, 3 mental dan seorang fizikal.
-
Saya sangat berharap ada dari sekitar Keningau boleh menjenguk mereka, suara mereka tidak cukup kuat untuk merintih hanya mampu memohon bantuan selebihnya dari kita samada ingin bantu atau tidak.
-
Syukur Tuhan dihari berkah jumaat ini, ada beberapa NGO juga turut datang menyumbang terutama memberikan bekalan mineral water dan lain-lain bahan asasi.
-
Saya harap bantuan tidak sampai disini saja, kita cuba bantu sehingga mereka dapat rumah sendiri dan mampu berdikari menjana pendapatan untuk keluarga mereka.
-
Saya yakin terlalu ramai yang ringan tangan serta pemurah diluar sana. Inilah cinta kasih tanpa batas, kita-kita juga ni, kalau bukan kita bantu siapa lagi kan?
-
Tq para penyumbang, sangat-sangat membantu, para volunteers menyumbangkan tenaga, masa dan wang ringgit Ash TheGst Humble Guy Saiful Razzalie, semoga kalian murah rezki, dipermudahkan apa sahaja urusan dan sentiasa sihat. Teruskan beramal, pasti akan ada yang dapat manfaat daripada kemurahan hati anda semua. TERIMA KASIH!
-
Sekian rencana hari ini, tidak sempat melawat seorang lagi OKU di keningau yang perlukan perhatian, InsyaAllah ada masa akan singgah lihat keadaan merela di sana.
-
Tq sekali lagi.
P/s: Sempat menghantar mereka dari Kg. Biah ke Kg. Kuala Tigasa untuk mereka menjalanlan kenduri 100 hari pemergian Ayahanda mereka tersayang.
#DreamBigStartSmall
#AmalPrihatinSabahResources
#DsChzys
https://www.facebook.com/chzys


No comments:
Post a Comment