24/3/2017
Saudari Ellshera Yap Len bersama rakan-rakan Cikgunya telah menjejaki Saudara Azizan iaitu penjaga 4 beradik OKU Yatim Piatu Keningau yang tinggal menyewa di rumah usang Kg. Biah, Keningau.
Mereka telah membawa beberapa sumbangan berbentuk barangan keperluan harian serta sedikit tunai dengan harapan mampu mengurangkan beban penjaga yang menjaga para beradik oku nya sehari-hari.
Pandangan mereka adik beradik ini masih boleh dilatih memandangkan oemikiran mereka masih seperti kanak-kanak, salah seorang adik beliau yang hyperaktif kadang agresif juga boleh menjadi bijak jika betul-betul dilatih dengan baik.
Saya dengar harapan seperti itu sangat menyenangkan, mudah-mudahan suatu hari nanti mereka akan terlatih sekurang-kurangnya mampu mandiri dalam menjalani pengurusan diri sehari-hati kelak. Cuma sekolah pendidikan Khas tidak pasti ada di keningau dan pasrinya akan ada kos terlibat untuk pengurusan ini.
Saya yakin dengan nama Allah Swt pasti jalan mereka akan dimurahkan, InsyaAllah.
Tq sekali lagi Ellshera dan rakan-rakan kerana sudi membantu keluarga ini, mudah-mudahan ramai lagi akan membantu oku2 ini mahupun orang-orang yang memerlukan disekeliling.
Alhamdulilillah.
Foto : Ellshera Yap Len
#DreamBigStartSmall
#AmalPrihatinSabahResources
#DsChzys
#AmalPrihatinSabahResources
#DsChzys
No comments:
Post a Comment