Friday, September 30, 2016

Penipuan berbentuk keindahan bahasa dalam Marketing/Pemasaran

B : Boleh kah bantu saya, saya mau bisnes bah...
Dr. A : buli, sa akan bantu kau, tapi bayar dalam rm300 dalam ari Isnin la supaya saya boleh bagi ko motivasi untuk bisnes.
Nanti kalau ko bawa lagi 3 orang kawan ko sia kasi pree ko buku 1 la sama komisen ko rm50 1 urang. Ko tinggal bayar rm150 ja kio. Kawan ko 3 orang bayar saya RM900 duluan. Kira sekali ko TOLONG kawan-kawan ko la supaya mampu jadi Jutawan macam 'anak-anak' saya.
B : Alhamdulillah, Dr. A sudi 'bantu', sambil tu buli la buat duit lagi saya bawa la si C, si D sama si E pigi kelas motivasi dia.
.........................................................................................................
B : Bah, kawan-kawan, kamu mau jadi jutawan ka? Sa mau 'bantu' kamu ni, supaya dapat termotivasi oleh Dr. A.
C, D & E : Betul ba Dr tu sedia mem'bantu'? Nah ini PELUANG ni jadi jutawan, dengar2 ramai sudah ikut program dia. (Logik prospek, semakin ramai pengikut, semakin berkesan).
Bah, nanti kami bank in ah, serius excited bila orang Jutawan sedia 'MEMBANTU' kita.
B : Ok, bagi ja sama saya, nanti saya bayar 1x.
***Selepas Kelas Motivasi***
B, C, D & E : Alhamdulillah, baik motivasi saya lepas jumpa dengan jutawan, Dr lagi tu, mau saya jadi sukses macam dia, tapi dia bilang kalau mau upgrade lagi bayar kelas PRIVATE dia RM3,000.00 sambil-sambil bersama jutawan lain, jadi kita akan 'dibantu' untuk menjadi jutawan seperti mereka. Bah masing2 rukut2 cari orang supaya kita free masuk tu kursus kio. BAH, Kita bawa orang lain supaya kita BANTU dorang untuk capai kejayaan!
.........................................................................................................
Welcome to dunia bisnes.
semuanya berkenaan branding, kita boleh 'rebrand' apa-apa sahaja perkataan supaya semua orang senang dan nampak nda makan orang.
Ramai orang nda sedar ini la MARKETING. Bila kamu master dalam melakukan marketing, kamu akan pegang ramai prospek, dan prospek ini akan menjana kewangan kamurang.
Apa yang kamu nampak dan apa yang kamu tidak nampak dalam TERM MARKETING dalam BRANDING perkataan supaya sesuai dengan prospek?
1. Membayar Perkhidmatan = BANTU/TOLONG (supaya nampak yang dibayar tiada nilai, 'bantu' memberi doktrin nilai utama.
2. Loan/Pinjaman Duit/Wang = Pembiayaan (term bank)
3. Interest/Bunga/riba = Kadar Keuntungan (term bank)
4. Jual dan dapat Komisen = bantu atas bantu / buat pahala / saham akhirat / 'BALAS JASA GURU' (konsep MLM dll)
5. Penalty = hibah (tarikan islamik)
6. Law of Attaction = sumbit doa/magnet rezeki dll
7. Campuran bahan awet (makanan minuman) = semulajadi (natural)
8. BN/UMNO = KERAJAAN MALAYSIA (kalau x undi bn/umno hancur 'kerajaan' kononnya lah)
9. Dll..u name it...
Ramai terperangkap dengan pancingan marketing sampai yang ber degree ber master dan berPhD mampu lingkup sama.
Btw, tukang marketing mmg hebat, yang tidak hebat bila yang bijak pandai terkandas sedikit demi sedikit habis duit kena kurik disebabkan termakan pancingan branding ayat sebegini.
Hanya pandangan peribadi.
Mau kecam silakan.
#dschzys

No comments:

Post a Comment