Saturday, December 13, 2014

Hormati usaha orang lain walau tidak sehaluan tetapi objektif yang sama. Untuk Negara Sabah!

Ada beberapa kumpulan yang nyata lebih pro Persekutuan Malaysia walaupun 51 Tahun sudah dirobek mereka masih baik hati kononnya ingin berjuang untuk mengembalikan hak Sabah dalam perjanjian Malaysia 1963 supaya Sabah dan Sarawak kembali menjadi rakan kongsi sama rata dengan Malaya. Usaha ini baik dan sangat digalakkan, Malayangnya terdapat pihak yang suka 'condemn' usaha orang lain seolah-olah hanya usaha mereka sahaja akan berjaya..
Saya sentiasa gelarkan mereka ini sebagai 'Tuhan Siok Sendiri' yang mana mereka seolah-olah tahu perkara masa akan datang..Mereka seolah-olah dapat meneka usaha orang lain tidak akan berjaya melainkan usaha mereka.
Hakikatnya secara peribadi saya lihat seolah-olah mereka ini masih ingin menyembah Malaya meminta-minta supaya mereka 'mengembalikan' hak Sabah yang sebenar sebagai rakan kongsi..
Adakah kita lupa, regim Malaya bukan Tuan kita..pemimpin-pemimpin Melayu di Persekutuan Malaya bukan Tuan/Bos Sabah...
Kenapa perlu meminta-minta sesuatu yang hak kita? Ada faham ka soalan ini?
Kenapa perlu meminta-minta kepada orang lain tentang hak kita sedangkan orang lain tu langsung tidak mempunyai hak mutlak keatas apa yang ada di tanah air kita Sabah.
Situasi sekarang ini, Sabah untuk Orang Sabah...bukan untuk orang Malaya mahupun orang Sarawak..Dan sekarang ini jelas kita seolah2 meminta kepada bukan tuan punya tanah untuk memberi kita 'kurnia' @ hak kita..kita meminta hak kita daripada regim Malaya, yang mana mereka langsung tidak punya hak seinci pun tanah Sabah.
Mereka (regim Malaya) sangat sombong tidak kira Kerajaan Mahupun pembangkang mereka tetap ingin kekalkan Sabah sebaris dengan negeri2 kerdil dalam Malaya yang tidak layak disama taraf dengan sebuah Negara kerana mereka tahu, tanpa kita mereka tidak akan dapat kemajuan seperti sekarang.
Jika kita menjadi rakan kongsi sebenar, Sabah akan menjadi negara maju lebih cepat lagi apatah lagi hasil kita pastinya kita akan menikmatinya tanpa perlu berkongsi kepada Malaya..
Atas ter'over' kebaikan orang Sabah inj...perlahan-lahan hak kita sedang terhakis, bila kita tuntut, mereka akan melengah2kan perkara ini..dan dalam masa lengahan ini mereka sedang menyedut terus menerus hasil bumi dan hak kita...
tidak kah kamu sedar itu?
Kita harus sedar bahawa kita tidak memerlukan Malaya untuk berdiri sendiri menjadi sebuah Negara..
Dan yang sebenarnya Malaya yang sangat2 memerlukan kita apatah lagi Sarawak yang sentiasa menyalurkan berbillion ringgit setiap tahun kepada poket persekutuan.
Tanpa Malaya, Sabah dan Sarawak adalah Negara.
Tanpa Sabah dan Sarawak, tiada Malaysia..
Tanpa Kerajaan dan perlembagaan Malaysia, Sabah dan Sarawak tetap mempunyai perlembagaan dan kerajaan sendiri..
Itu hak kamu pilih Malaysia...
Dan hak pejuang nasionalis lain untuk merdeka..jangan jadi tuhan siok sendiri..hormati usaha orang lain walau tidak sehaluan seperti mana nasionalis lain menghormati perjuangan kamu.
Pendek kata, Sabah bukan bapa kamu punya...Sabah Orang Sabah Punya.
Salam Minggu.

No comments:

Post a Comment