Pada 31 Ogos 2014 maka jatuhlah tarikh ke 51 Tahun kemerdekaan Negara Sabah yang mana menjanjikan Sabah sebagai kerajaan yang berkerajaan sendiri.
Pastinya ramai lagi rakyat Sabah yang tidak mengetahui tarikh kemerdekaan Sabah ini kerana ianya telah 'dilapisi' oleh doktrin sejarah Malaya yang senantiasa dilaung-laungkan pihak Persekutuan Malaysia iaitu 'Kemerdekaan Malaysia'.
Perlu anda semua tahu bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara, ia adalah sebuah persekutuan yang diwakili oleh beberapa negara berdaulat pada masa itu iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Singapura dan Borneo Utara (Sabah) yang mana telah dipersetujui dan ditandatangani pada 9hb Julai 1963 dan secara rasminya pengisytiharan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sebagai hari jadi dan sepatutnya hari yang terpenting sekali dalam sejarah Persekutuan Malaysia.
Oleh itu, kita dapat menyaksikan bahawa Persekutuan Malaysia adalah dibentuk dan pastinya tidak pernah dijajah oleh mana-mana pihak dan hal ini sanggat bercanggah dengan kempen 'kemerdekaan Malaysia' yang saban tahun dirayakan seliruh persekutuan.
Yang pastinya, apa yang dilaung-laungkan oleh pihak persekutuan tentang 'kemerdekaan Malaysia' ini dapat ditakrifkan sebagai Kemerdekaan Malaya yang jatuh pada tanggal 31hb Ogos 1957. Bagaimana sebuah negara komponen dalam Malaysia ini dilaung-laungkan kemerdekaannya saban tahun untuk Mewakili Malaysia?
Akhirnya, hasil dari 'doktrin' ini membuatkan setiap rakyat Persekutuan Malaysia menganggap harusnya mengangkat sejarah Malaya kerana kejayaan pihak persekutuan mengajar dan mendidik kita ilmu yang songsang tentang Malaysia dalam erti kata sebenar.
Fakta ini harus di ubah dan fakta yang benar harus angkat dan diberi kefahaman kepada setiap rakyat Persskutuan Malaysia, supaya mereka dapat menjadi insan yang benar-benar memahami erti 'kemerdekaan' sebenar seterusnya mengangkat tarikh pembentukan Malaysia sebagai tarikh yang lebih utama daripada tarikh-tarikh lain dalam sejarah persekutuan Malaysia.
Apapun, kejayaan mendidik abak bangsa kembali kepada kebenaran bukan satu perkara yang senang dan mudah, oleh itu, proses menyebarkan fakta sebenar sejarah ini akan dibuat setiap tahun dan dapat dilihat tahun demi tahun terdapat penambahan sambutan terutamanya dari anak muda dan orang-orang dari pedalaman sama-sama merayakan apa yang sepatutnya.
Di sini akan dikongsikan beberapa gambar kenangan semasa Ekspedisi Kemerdekaan Sabah ke 51 Tahun,
31hb Ogos 1963 - 31hb Ogos 2014.
Selamat Hari Merdeka Sabah ke 51!
No comments:
Post a Comment