Beberapa hari lepas kita dapat lihat suara Sabah dan Sarawak semakin di dengari samada daripada pihak rakyat mahupun kerajaan Malaysia dan hal ini jika dilihat pada satu sudut padangan yang positif, kita boleh klasifikasikan sebagai 'vantage point', suatu peluang untuk hak rakyat Sabah dan Sarawak didengari dengan lebih dekat ini.
Malangnya pihak kerajaan seolah-oleh tidak menyambut baik cadangan ini dan terlalu 'maksum' untuk dipersalahkan dan akhirnya mereka memberi kenyataan yang agak berbaur ugutan kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang cuba bersuara menuntut keadilan daripada pihak persekutuan.
Sabah Sarawak Keluar Malaysia atau lebih dikenali sebagai SSKM ini sebenarnya telah wujud sejak lebih kurang 3 tahun lalu bermula daripada 'Group Facebook' yang pertama yang mana telah mencapai lebih kurang 15 ribu orang ahli dan apabila digodam, mereka telah membuat 'group' yang ke dua bagi menggantikan 'group' yang sebelum ini. Oleh itu, antara orang terlibat dalam pembukaan 'group' ini adalah Doris Jones.
Apapun, nama Doris Jones semakin diketahui ramai, samada dalam perspektif yang positif mahupun yang negatif, yang pasti media arus perdana Malaysia cuba melabelkan beliau sebagai pengkhianat dan terdapat beberapa berita palsu yang menggambarkan beliau telah melarikan diri ke United Kingdom dan sedang diburu polis Malaysia.
Panjang lebar manapun penyataan ini, ayuh kita baca kenyataan rasmi Doris Jones/SSKM berkenaan dengan tuduhan Kerajaan Malaysia terhadap beliau;
Kenyataan Rasmi SSKM berhubung dengan Tuduhan Kerajaan Malaysia Terhadap Doris Jones
Saya dilahirkan di Sabah, Borneo Utara. Saya pernah bekerja sebagai seorang akauntan dan juga untuk Hakim Australia. Hidup di Borneo ini lebih sengsara kerana penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Sebagai respon, saya mula mengambil peranan sebagai salah seorang peneraju kumpulan Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) bagi tujuan untuk menjalankan kempen kesedaran dan pendidikan untuk penduduk Borneo Utara (Sabah dan Sarawak).
Selepas 3 tahun, saya dan rakan saya telah membuat keputusan untuk mendaftarkan kumpulan SSKM dengan nama Kesatuan Sabah Sarawak (Sabah Sarawak Union-SSU) di UK, di bawah bidang Kuasa United Kingdom. Kempen kami telah berkembang dalam masa 4 tahun. Kesannya, kesedaran lebih jelas dikalangan generasi muda yang semakin meningkat di negara kita. Warga veteran sudah mulai mengganggu dan kami berharap lebih ramai akan menyedari kebenaran tentang status Borneo Utara, (Negara Sabah dan Negara Sarawak) yang telah disembunyikan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia selama 51 tahun.
Saya, secara peribadi, tidak bersetuju dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) dan Akta Hasutan (Malaysia) yang melanggari Hak Asasi Manusia. Saya percaya ramai rakyat di Borneo juga bersetuju dengan saya.
Dalam reaksi kepada kempen kesedaran ini terhadap ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia, Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk meletakkan nama saya ke dalam senarai mereka di bawah (melakukan suatu kesalahan) Akta Hasutan. Saya juga kecewa terhadap Pesuruhjaya Tinggi Polis Sabah kerana telah mengeluarkan satu kenyataan palsu bahawa pasukannya telah berusaha untuk menghubungi saya untuk tujuan siasatan kerana yang sebenarnya, saya langsung tidak mendapat sebarang panggilan daripada pihak Polis Sabah melalui apa-apa cara sekalipun.
Dalam hal ini, saya ingin menegaskan kepada Pesuruhjaya Tinggi Polis Sabah, Datuk Jallaluddinor wakil-wakil Kerajaan Malaysia, seperti Pejabat Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan juga Perdana Menteri, untuk mengemukakan bukti dan saya akan berdiri di mahkamah United Kingdom untuk mencabar beliau dan tuduhan Kerajaan Malaysia. Kita tidak perlu takut kepada kebenaran dan KEADILAN TIDAK PERLU DINAFIKAN.
Kesatuan Sarawak Sabah (UK)
Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) Facebook Kumpulan
Sumber : Blog SSKM
No comments:
Post a Comment