Kaki Progress vs Kaki Complaint
1. Semasa kaki complaint mengomplen tanpa ada apa-apa tindakan, ada orang sedang progres merubah nasib hidup mahupun sekeliling
2. Semasa Kaki Complaint kritik usaha orang lain mengharapkan yang berusaha itu down, masa itu Kaki Progress tetap progress pekakkan telinga jalan terus
3. Sewaktu kaki Complaint merungut hidup boring tiada apa-apa perubahan, masa itu Kaki Progress menikmati kesibukan sehari-hari mengisi masa yang panjang sehingga seminggu rasanya seperti hanya 2 3 hari.
4. Kaki Complaint adalah spesis manusia yang tidak mahu lihat orang lebih dari dia, dia berpegang pada prinsip dia sudah selesa dan orang lain jangan lebih dari dia.
5. Kaki Complaint selalu berimpian besar, tapi seperti Mat Jenin, angan-angan besar tapi tindakan tiada, tolak Mat Jenin di Upin dan Ipin la.
6. Sang Kaki Progress, biar hari ini ada pergerakan SEINCHI pun tetap 'ada perubahan' dan pergerakan. Jika sehari-hari tiada progress mereka akan rasa perlu kerja lebih keras lagi
7. Kaki Complaint suka jalan pintas, umumnya tidak perlu berusaha,hanya disorongkan bantal, atau bertengek dengan manusia sekeliling yang ada kelebihan untuk disedut manfaat.
8. Bila kaki Complaint tidak dapat sudah sedut manfaat dari orang yang dia harap, mula dia akan buat cerita di aniaya menjadi mangsa kekejaman kesibukan orang yang Progress
9. Boleh jadi Kaki Complaint ni sekelas dengan spesis pemalas, parasit, penghasut dan merasa dia perlu buktikan diri dia pada masyarakat dia itu siapa. sedangkan masyarakat tidak kisah pun pasal dia.
10. Kaki complaint biasanya pengharap atau pok apa saja peluang bantuan kepada diri dia supaya dia tidak perlu bekerja keras, dia hanya perlu kekalkan status diri dia menjadi 'golongan layak dibantu' tanpa mahu fikir merubah nasib kehidupan sendiri (Ironinya kuat Complaint 🤔)
Pengajaran dia di sini, jangan jadi kuat complaint kalau tiada tindakan apa-apa untuk merubahnya atau memberi impak perubahan.
Jangan jadi pengecut, kuat bising saja tapi sebenarnya ada agenda sendiri untuk kepentingan diri sendiri hence itu la si kaki complaint.
Morning
#weGrow
#Bangkit
No comments:
Post a Comment