Kalau saya,
.
Malu oh kalau kamu guna 'modal'
'Saya kalah teruk' masa PRN
sebagai 'senjata' untuk menunjukkan kekurangan saya
.
Saya cadangkan guna modal lain saja, kenapa?
1. Yang mengaku berjuang selama ini melalui parti politik tertentu samada sebagai ikut-ikutan, cacai mahupun mempunyai jawatan dalam parti belum tentu berani bertanding dan berani kalah biar berpuluh tahun dalam politik.
2. Yang rasa mau bertanding belum tentu berani tanding melainkan kena surung oleh sesuatu kapasiti parti baru berani berdiri.
3. Semasa PRN, satu-satunya anak muda berdiri sebaris Pemimpin berpengalaman di atas pentas N18 Inanam. Apa sejarah kamu pernah tulis selain jadi fake akaun dan sembang?
4. Satu-satunya calon bebas anak muda bersuara non partisan, tiada fund dari mana-mana parti mahupun 'mesra sana sini' melainkan diangkat oleh rakyat sekeliling mahu kita berdiri bertanding bersuara.
5. Aspirasi kita tuliskan bukan sekadar masa PRN. beberapa Aspirasi sudah dijalankan malah sedang berlangsung seperti menyediakan peluang prkerjaan, mengangkat digitalisasi di Sabah. malah mewujudkan sistem serta program memanfaatkan rakyat. Yang sembang ni. apa kamu sudah buat hari ini? Berapa orang sudah bawa balik beras dari rumah hari ini semasa kamu sembang kari fake akaun di FB?
.
6. Yang cacai ikut-ikutan. fake akaun, tahi politik ni, saya mau bagitau kamu saja, you are nothing hanya penjual maruah, pok jawatan, pok gaji, pok manfaat bertopengkan kononnya berjuang untuk rakyat
.
7. Berapa ramai sudah saya jumpa berjuang habis-habisan gamaknya, lepas dapat elaun dapat jawatan diam-diam sudah hilang taringnya.
.
8. Yang benar berjuang untuk rakyat, jangan lah terasa, menang kalah bukan ukuran sepa lagi hebat, sebab sistem pilihanraya kita ni pun perlu penambah baikan, apa lagi rakyat, rata-rata perlu pembaikan mindset supaya kita mampu melahirkan pemimpin berdaya maju, berdaya fikir berwawasan dan tidak mementingkan poket dan diri sendiri saja.
.
9. Hangus deposit? RM5k saja hangus bos
No comments:
Post a Comment