'Malaysia Baharu'.
***
Pendekatan lebih berlainan dr perjuangan sebelumnya.
Padang perang lebih terbuka dan 'merakyatkan'.
"It's a different ball game. NOW."
***
Mahu Menyerap masuk dalam 'trending' atau tersungkur?
Rakyat pula semakin menjauh dari berimpikan 'Berkerajaan Sendiri'
Kerana semakin melihat 'ada harapan' hasil dari Gergasi lusuh tumbang tersungkur dan kini gergasi baharu berkuasa bertakhta sambil melaungkan 'Malaysia Baharu' sebagai pancingan patriotisma gaya baharu.
***
Perjuangan Sabah juga begitu, harus ada nafas baru
Pendekatan baharu dan implementasi gaya baharu
Pujuk rakyat dengan cara 'tumbang BN dulu' sudah tercapai
Kini hanya tinggal mahu MA63 terlaksana
***
Untuk MERDEKA jauh sekali
Mainan sentimen 'Malaysia Untuk Semua' dengan nyanyian 'ada harapan' dari sebuah kerajaan Pakatan Harapan membuat rakyat terlena 'menanti' 100 hari yang tidak mungkin terlaksana
Maka 5 tahun lagi harus menunggu.
***
Cara Edukasi rakyat kini tidak sama sebelum gergasi lama tumbang
Ayat yang keras dan menghukum akan menjauhkan rakyat dengan inti perjuangan
Mainan kaum dan agama sudah basi
Kini mainan 'kenegaaraan' semakin giat dijalankan menyerap masuk sanubari setiap rakyat Persekutuan Malaysia.
***
Kini saya pilih untuk 'lebih dekat pada rakyat', Membuka segala hijab jarak diri, supaya sama-sama menjadi sama-rata, sama-sama merasa manusia yang wujud bukan sekadar perasa dalam media sosial.
Sampaikan edukasi dengan tunjukkan TAULADAN. Tulisan dan fakta, semua rakyat mampu capai hujung jari, jadi bukan masanya 'sekolahkan rakyat dengan fakta', ini Malaysia Baharu,
Sekolahkan rakyat dengan doktrin contoh tauladan yang kita harus buat dahulu.
Rakyat pasti akan ikut selepas itu.
Ayuh sahut cabaran berjuang dalam medan perang terbuka.
***
Sekadar menulis pandangan peribadi sendiri.
Ds Chazy
Aktivis Sosial & Politik
#Caps
No comments:
Post a Comment