Wednesday, June 6, 2018

DIY Cara baiki mesin basuh sendiri

Kemarin pagi kena komplen orang rumah mesin basuh rusak nda boleh pusing sama nda mau 'rinse'/buang air dia cuma mengisi ja. Jadi try-try la trip jd 'McGyver' buka cover mesin basuh Samsung ni, testing-testing isi air nda pandai-pandai keluar air dia, kalau kasi set water level pun dia nda mau pusing bila sudah capai level sepatutnya.

Jadi guna la macam-macam logic theory, walaupun sda set water level dia nda mau pusing bermakna 'sensor water level' mesti rosak. So cari punya cari tu sensor macam nda jumpa-jumpa, try lagi buka cover belakang, at last jumpa satu hose kecil disambungkan ke atas seperti dalam gambar. Bila ikut ilmu logic, kena cabut la tu sensor lepas tu tingu apa respond tu mesin, so lepas cabut dan on machine memang dia display error a.k.a bunyi-bunyi macam minta puji sikit. At last kasi set pegi 'rinse' dia terus kasi keluar air walaupun stuck-stuck dalam keadaan error.

Masa ni saya detect masalah dari ni barang, nasib ada nama sikit ni mesin so part fia ada model model number, DN-S24. Start la GOOGLE. Rupa-rupanya nama dia ni PRESSURE SENSOR dan rupa-rupanya ni barang memang ada video troubleshooting dia di youtube.

So start la meng'GOOGLE'ling mana jual ni part, dapat jumpa di kedai online berpangkalan di Melaka. Nama kedai dia #ADISONAPPLIANCES. Saya terus kontek dan beli part tu kemarin dengan harga RM55 termasuk PosLaju.

So sampai juga hari ni, saya pasang terus boleh jalan. ^^

So dengan teknik 'Google'ling dan acah-acah 'McGyver' mampu save cost masa dan duit kurang lebih RM150-RM250++ termasuk transport, bayar tukang, dan bayar part.

Do-It-Yourself Selagi mampu dalam era Sara hidup yang semakin meningkat ini.

P/s: btw saya tiada kursus atau kelulusan wiring elektrik/elektronik mahupun sijil kemahiran teknikal melainkan pemandu pelancong, cuma bagi saya "nda tau" atau "nda pandai" bukan alasan supaya kita excuse untuk tidak ambil tahu. Ini terbukti bahawa semua orang boleh apa sahaja dia mau buat selagi ada keinginan mau buat.

Cheers

#DsChzys

No comments:

Post a Comment