Sebut PTI/PENDATANG TANPA IZIN ndakan dipanggil RASIS/RACIST!
KECUALI...
Cara diterangkan itu ada 'mesej tersembunyi', mesej itu ditujukan pada siapa maksud 'PTI' itu.
***
Jangan pura-pura nda tau atau rasa bersalah atau 'act as a victim' bila orang panggil kamu Rasis/Racist.
Saya sendiri sebut PTI berkenaan kerisauan lambakan PTI di Sabah, jelas tiada berlapik, maka tiada akan terasa, tiada siapa panggil saya rasis/racist kerana saya cakap straight to the point.
***
Tapi ada puak itu (yang merasa mangsa dipanggil rasis bila sebut PTI), contohnya dalam kes Pru14 lalu antara slogan saya pernah dengar dari mereka ini; 'Hanya KETURUNAN PTI & PROJEK IC saja undi Warisan' atau 'Bangsa/Keturunan PTI/Projek IC bikin kuat Warisan', ramai tahu ada maksud tersirat disitu, malah budak sekolah sekalipun tahu ada 2 maksud yang boleh difahami dengan sebutan PTI tersebut.
Mesej jelas menunjukkan siapa ditujukan maksud 'PTI' itu.
***
Terimalah hakikat, Sabah sudah bercampur hasil kerosakan yang dibuat oleh Tun m dulu, demografi Sabah telah berubah, mau nda mau harus belajar menerima, yang legal tetap sudah legal, yang PTI harus di bendung, yang buat projek IC harus ditumpaskan.
Hakikatnya kita masih menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
***
Ada kuasa ada cerita, sekarang terkapai-kapai cari kuasa, hate speech di mana-mana, bagaimana rakyat mahu sokong lagi usaha martabatkan Sabah untuk Sabahan, kalau sumur-sumur angkat bangsa tertentu saja, antara 'mereka' sudah menjadi sebahagian dari kita, malah ada lebih patriotik dari kita yang ASAL ini, angkatlah Bangsa Sabah, InsyaAllah kita mampu jadikan Sabah lebih baik.
#Caps
No comments:
Post a Comment