Tuesday, May 22, 2018

PEMERDAGANGAN MANUSIA DI KOREA SELATAN - Dari pena Caps

Yang jual manusia pegi kerja sini Korea lebih teruk dari najis. Hantam harga untung duit angin itu pasal nda kaya-kaya.

Yang dari Malaysia tarik orang kerja pegi Korea ni agent hantam sampai rm5k belum masuk flight, kena lalui 3 agent. 1 agent di Malaysia, 1 agent Malaysia di Korea dan barulah agent Korea. Saya sudah jumpa beberapa orang yang ditipu sedih betul dorang rasa tertipu nda kira orang Sabah atau yang dari Malaya.

***

Cerita majikan menipu, itu normal, di Malaysia pun memang ada penipu. Cuma kena hati-hati pilih majikan. Ada bau-bau menipu, cau awal-awal, malangnya ramai tidak dapat survive bila kena tipu, tidak berani buat keputusan sebab duit sudah habis bayar agent. Agent pula tidak bertanggungjawab sebab mata duitan saja.

***

Cerita kerja illegal pula, mana-mana negara di dunia pasti ada rakyatnya akan ke luar negara kerja samada illegal atau tidak demi sesuap nasi. Itu cerita survival manusia, NORMAL tapi tidak normal di Malaysia sebab Malaysia sentiasa TRIP jaga nama 'Negara maju' gamaknya, trip rakyatnya hanya layak kerja dunia professional dan mahir saja. Seharusnya cuba buka peluang demi rakyat kamu mencari rezki, bina perhubungan perjanjian dengan negara-negara yang memerlukan pekerja tidak mahir mahupun separa mahir. Untungnya malaysia akan ada lambakan kemasukan wang dari luar negara..ini tidak..sanggup peram pendatang kerja hambur di seluruh Malaysia. Think..

***

Cerita Visa, memang diakui Malaysia bukan senarai Negara yang ada D3 - Dirty, Dangerous, Demeaning. Jadi bagaimana untuk masuk dunia pekerjaan di Korea? Pastinya ada yang cuba ambil peluang dari kemudahan UNCHR iaitu Permohonan Pelarian/Suaka Politik. Malang sekali lagi, agent penjual manusia ini menghantam harga 700k Won - 1.5 juta Won (rm2.5k - rm6k). Kesialan apakah ini?

Orang desparate akan bayar, DEMI SESUAP NASI, tapi agent-agent nni sanggup 'ambil upah' pada yang benar-benar mencari sesuap nasi sini sehingga ada yang benar-benar terpaksa merempat kerana kehabisan wang.

Tahukah kamu pihak immigresen Korea, permohonan visa G1 atau Alien iD Card adalah PERCUMA. Hanya perlu membayar stamp duty dan cukupkan dokumen wajib selepas melepasi saringan permohonan menggunakan borang mereka.

***

Jadi macam ni, untuk siapa orang Sabah yang di Korea, mahu apply G1 DENGAN ALASAN KUKUH, tapi tidak tau caranya, boleh PM saya untuk konsultasi. Saya bantu bagitau jalan mudah dan MURAH. Saya BUKAN TOLONG APPLY ATAU AGENT APPLY VISA ya.. saya tolong consult laluan permohonan yang betul TANPA AGENT, DIRECT URUSAN SAMA INMIGRESEN KOREA. Ini usaha saya bantu supaya anda nda kena tipu oleh agent-agent penjual manusia ni.

Bagi Sabahan yang stuck, tiada kerja, ada modal sikit, niat mau balik Sabah tapi modal masih ciput, saya bantu consult cari kerja harian DIRECT AGENT ORANG KOREA, kamu bayar direct sama agent, saya tidak pungut duit, belanja saja saya naik train saja ke pejabat agent.

Hal ini supaya kamu tidak tertipu dan bayar lebih pada 'yang mengaku' Agent. Dan kamu harus janji, cukup duit dan pulang, jangan risaukan keluarga, if kamu mampu survive, silakan, pandai hidup pandai makan, pandai simpan jangan jadi macam budak kubis Malaya.

***

Pada yang baru mau datang, niat kerja Illegal, saya tidak sarankan kerana banyak risiko untuk kamu pertimbangkan. Untuk tahu lebih lanjut silakan PM, saya bantu bagi informasi. Kamu pertimbangkanlah sebanyak-banyaknya.

***

Apapun semua adalah tanggungjawab sendiri. Ini usaha saya bagi konsultasi sebagai individu yang terpanggil untuk bantu Urang Kita di Korea. Saya bukan agent, saya bukan siapa-siapa, saya cuma sediakan medium untuk bantu sesama kita di Korea.

Ini yang pernah saya sebut #AmalPrihatinSabah go Global.

Dari Rakyat Sabah Untuk Rakyat Sabah.

Selamat Pagi, Salam minggu.

Edit*** p/s: Ada rezeki, saya bersama rakan nasionalis merancang membuka persartuan untuk warga Sabahan di Korea. Tujuannya untuk sama-sama menjaga kebajikan malah mencari peluang lebih baik terutama dalam sektor perniagaan mahupun peluang pekerjaan yang LEGAL.

Sedang meneliti undang-undang peruntukan di Korea Selatan ini. Stay Tuned.

#Caps

1 comment:

  1. Adakah anda dalam krisis kewangan, mencari wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri atau membayar bil anda?
    Saya mendapat saya dari Mike Fisher. Kad ATM kosong saya boleh mengeluarkan $ 2,000 setiap hari. Saya mendapatnya dari minggu lalu dan sekarang saya mempunyai $ 14,000 percuma. ATM kosong mengeluarkan wang dari setiap mesin ATM dan tidak ada nama keluarga, ia tidak dapat dikesan dan sekarang saya mempunyai wang untuk bekerja dan wang yang cukup untuk saya dan keluarga saya untuk hidup.

    PERCAYA KAD KREDIT KESELAMATAN DI HARGA PRIBADI
    * Mereka menjual kad ini kepada semua pelanggan dan pembeli yang berminat di seluruh dunia, kad ini mempunyai had pengeluaran harian sebanyak $ 2000 hingga $ 5000 dan sehingga $ 50,000 di kedai dan POS tanpa had. *

    * e-mel: blankatm156@gmail.com
    * Anda juga boleh menghubungi atau membantu Hubungi kami hari ini untuk lebih banyak pencerahan
    +1 (301) 329-5298

    ReplyDelete