Sunday, May 20, 2018

Jangan kasihani dan simpati terhadap saya. - Caps

Saya menulis berkenaan Impak bersuara dan kurangnya sumbangan amal bukan meminta simpati dari sesiapa, hanya sekadar memberi mesej buat semua bahawa berbuat amal jangan berhenti jika tiada penyumbang, tiada sokongan.

***

Teruskan buat amal sehingga semua orang melihat buat amal itu perkara normal, bukan seperti sekarang sesiapa buat amal mereka seperti diangkat, seperti mereka melakukan perkara RARE dalam hidup, sedangkan berbuat amal itu hampir jatuh pada perkara wajib dalam kehidupan.

***

Buatlah semata mencari keredhaan Ilahi. Dan jangan meletakkan 'sumber rezki' itu daripada Manusia, letaklah sebesar-besar Maha Pemberi Rezki itu adalah Allah Ta'ala.

Mohon jangan Kesian atau Simpati pada saya, sokong saja sudah mencukupi.

Yang harus di simpati adalah masih ada perut-perut kelaparan yang ada di luar sana harus diberi makan atas kesusahan hidup mereka. Mereka yang kepayahan mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup, apa lagi berusaha mencari tempat berlindung hujan dan panas sehari-hari.

***

Jangan tunggu mereka MEMOHON atau mencari kita, Carilah orang-orang susah ini, tanya khabar mereka, pasti ada saja yang memerlukan.

Tidak salah gembar-gemburkan kita berbuat amal, niat kita supaya semakin ramai akan mengikut jejak yang sama menjadikan persekitaran kita mempunyai kemanusiaan yang lebih baik.

Sekadar menulis dan peringatan untuk diri sendiri.

#PoketAmalAPSR
#Caps

No comments:

Post a Comment