Cerita PTI, Orang Sabah banyak jadi PTI di Luar Negara cari makan.
Bagus tanya dorang dulu macamana rasa jadi PTI di negara Orang.
Baru kita tau kenapa ada PTI tempat kita.
Simple saja alasan mereka, "For a better life".
***
Bezanya PTI di Sabah diberikan IC untuk mengundi itu yang SALAH, apa lagi berkongsi 'bumiputra', mampu dapat bantuan living expenses macam BR1M dan sebagainya.
Cuma jangan lupa, 'keturunan PTI/Projek IC' sudah ada yang dinaturalisasi menjadi Rakyat Malaysia, bekerja dalam pelbagai sektor kerajaan mahupun swasta, MALAH mempunyai nilai patriotisme lebih tinggi dari orang asal.
***
Saya nda pertikaikan nilai patriotisme orang kita, tapi..
Akibat KESELESAAN (Dedak) dari regim penjajah, semua mau rasa senang, sampai masa penyakit biasa sudah jadi kanser baru berteriak cerita PTI.
Sekarang, mau mengundi, yang ada 'darah PTI' ni akan mengundi sama menentukan Nasib Malaysia apatah lagi Sabah.
Mau nda mau kamu perlukan undi yang kamu bilang 'pti' ni, sebab kamu sedang menjujung Perlembagaan Malaysia.
Lainlah ko sudah KELUAR MALAYSIA, ikut undang-undang sendiri.
***
Ini baru mau berlumba sudah salah mindset macamana mau menang?
PTI, isu panjang dihadapi mana-mana Negara seluruh dunia, bukan sahaja isu di Sabah.
Untuk membuat sesuatu keputusan HARUS ADA KUASA.
Macamana kamu mau BERKUASA kalau kamu hilang undi dari yang dikatakan 'keturunan PTI'?
***
Belum masuk hilang undi dari #UndiRosak, tidak turun mengundi dan UNDI PECAH?
Iri Om Iri, matlamat perjuangan sudah mantap, strategi masih zaman batu.
Jangan pok jadi Kerajaan campuran kalau kerusi pun berisiko kilar disebabkan undi pecah terlalu banyak.
***
Saya tidak menyokong adanya PTI di Sabah, saya juga tidak menyokong projek ic, tapi bagi saya menggunakan SENTIMEN PTI/KETURUNAN PROJEK IC/PTI adalah strategi yang menghancurkan diri kerana Sabah sudah blend dengan pelbagai 'kanser' sehingga ada yang sudah mempunyai hak sama rata dalam perlembagaan terutama dalam memilih/mengundi.
#NoUnityNoVote
#Caps
#Caps
No comments:
Post a Comment