Friday, April 27, 2018

Makan Lemak Untuk Kurus : Bagaimana untuk kurus tanpa perlu bersenam?

Transformasi badan sejak 20hb September 2017 fasa maintain hingga sekarang.
Apa yang saya simpulkan, mahu kurus tidak perlu makan ubat/supplement. Saya nda pernah beli ubat/supplement kurus.
Cukup hanya jaga pemakanan/diet dan senaman ringan mampu menurunkan berat badan.
Antaranya perbanyakkan makanan berlemak sekitar 70% pengambilan harian, 25% Protein dan 5% atau serendah yang boleh untuk Karbohidrat.
5 hari pertama saya percaya berat badan anda akan menurun.
Selain itu Puasa Air (hanya minum air tidak perlu makan apa-apa) juga akan memepercepatkan penurunan berat badan dan pembersihan organ teruramanya bahagian perut dan usus.
Jadi saya telah membuktikan bahawa tanpa perlu senaman yang berat + jaga pemakanan ikut Ropol Keto + Puasa Air, akan menurunkan berat badan dengan cepat secepat 1 bulan.
Anda hanya perlu ubat minda iaitu MOTIVASI, DISIPLIN dan ILMU Ketogenik/Keto-Fastosis diet untuk capai berat badan yang diidamkan.
Pada yang sedang menjalankan Ketogenik / Ketofastosis diet, saya ucapkan selamat maju jaya.
Sekadar berkongsi.
#ketofastosis
#ketogenik
#Caps

No comments:

Post a Comment