Pengalaman bercuti ke luar negara sangat berbeza dengan berhijrah ke luar negara, apa lagi bila kita ingin mencipta tapak baru bermula dari 'ZERO'.
Pengalaman akan mengajar kita untuk terus lebih matang dalam menghadapi apa jua ujian kehidupan.
Sebelum saya memilih ke Korea sebagai destinasi rumah kedua, antara list lain dalam pilihan saya adalah Kuala Lumpur, Jakarta/Bali, Indonesia, Singapura, Australia, New Zealand mahupun United Kingdom.
Semua tempat ada pro dan contranya, saya memilih Korea sebagai destinasi rumah ke dua kerana saya mempunyai kelebihan Bahasa Korea, (Asas 한국어 / Hanguk dan agak mahir membaca 한글 / Hangul), walaupun English sudah menjadi sebahagian bahasa selama saya berkecimpung dalam dunia Pelancongan, saya ingin mencabar diri untuk lebih mendalami Bahasa dan Kebudayaan Korea.
Saya sentiasa menyokong untuk rakyat Sabah ke Luar Negara mencari rezki atau menimba pengalaman mahupun ilmu, terutama di Negara-Negara Maju, kerana di sini kita akan melihat betapa ketinggalannya kita terutama Sabah tidak kira dari segi pembangunan infrastruktur mahupun sumber manusia.
Sifat keterbukaan yang diamalkan di Negara-negara maju ini akan memberi kematangan serta cara berfikir ke arah lebih luas kepada kita apabila semakinmendapat pendedahan yang berterusan menjadikan kita rakyat yang akan lebih bertanggungawab kepada Negara Kita sendiri.
Cumanya sebaiknya ke luar negara harus SAH/LEGAL barulah segalanya selamat sejahtera, tapi kalau sudah tahu segala risiko bila kerja illegal, tetap mau juga datang, silakan, radu saja tapi sangat tidak digalakkan melanggar undang-undang negara lain.
Hidup harus ada mode survival, apa saja kondisi kehidupan harus dilalui dengan tenang, sabar dan kuat. Hidup di tanah orang bukan senang, kecuali anda anak orang kaya-kaya, tapi imbalan bekerja keras pasti ada habuannya.
Kenapa saya BERHIJRAH? Sedangkan saya ada bisnes steady di Sabah, Malaysia.
Pelbagai faedah berhijrah yang ramai tahu tapi tidak mengambil iktibar darinya, antaranya seperti yang sudah dinyatakan, dan ke 2, pastinya diri akan lebih cepat membangun dengan suasana persekitaran baharu.
Seoul my 2nd home.
In God We Trust.
In God We Trust.
DS Chazy
Seoul, South Korea
#Caps
Seoul, South Korea
#Caps
No comments:
Post a Comment