Monday, April 23, 2018

Jika Rakyat itu MAMPU, Maka Mudah Untuk Mereka Buat Keputusan.

Kalau kita sudah MAMPU dan telus melakukan sesuatu, semua tomahan, ejekan dan sindiran mampu kita tumpaskan dengan mudah.

Mereka akan terus sakit hati dengan saya dengan nilai level rendah komen mereka.

***

- Pertikai pasal jarak saya dari Malaysia, saya anytime beli tiket kapal walau harini beli harini terbang
- Pertikai Usaha kempen Undi Rosak saya nda boleh pegi jauh? Saya 'jauh'di Korea sudah dan dunia digital membuat kita lagi dekat berkempen. Orang tinggal dalam gua saja mempertikaikan kebolehan dunia digital.
- Pertikai pasal balik mengundi, buat apa mau balik kalau tiada penyatuan. Ada penyatuan saya sanggup beli tiket kapal ANYTIME demi bagi undi saya pada yang layak
- Partikai saya hanya Berani di Media sosial, turun padang pun nda..Selama saya TURUN PADANG ko di mana? 
- Pertikai masa saya dengan mengatakan orang lain sanggup gadai masa dan keselamatan untuk 'perjuangan Sabah',...ko tau ka apa-apa berkaitan saya dengan Kerajaan Malaysia? Buat apa mau jaja sana sini semata mau kasi tingu ko la paling berkorban di dunia, lama-lama bikin menyampah.
- Sindir saya kononnya HEBAT, Ya saya sentiasa teruskan untuk buktikan saya SENTIASA HEBAT

***

Pendek kata yang kaki pertikai ni NOTHING, hanya mampu pertikai tapi tiada apa-apa melainkan jadi pak turut suka minta kena kencing pemimpin mereka..

***

Inilah perjuangan sebenar saya, bawa rakyat membuka mata, berusaha menjadi RAKYAT YANG MAMPU dari pelbagai segi. Saya bawa rakyat berusaha, berani berniaga, meningkatkan kualiti hidup supaya kita berhenti berharap Kerajaan korup apa lagi tahi-tahi politik kemaruk jadi kerajaan.
Rakyat akan mudah TERPANCING jika mereka SEDANG MISKIN dan Tiada apa-apa. Kita UBAH dari dalam, jadikan diri, keluarga dan keturunan MAMPU, akhirnya sesiapa sahaja tidak mampu hina, ugut, menakut-nakutkan kita apa lagi yang berkaitan WANG, pastinya kita akan jadi RAKYAT MANDIRI/MERDEKA.

Rakyat merdeka mampu MENCIPTA KEHIDUPAN, tanpa perlu harap BR1M, bantuan-bantuan Kerajaan dan sebagainya.

Berhenti jadi MISKIN dengan berusaha keluar dari kelompok kemiskinan.

***

Bila Minda dan POKET sudah MERDEKA, KITA MAMPU UBAH DESTINI NEGARA KITA BILA-BILA MASA tanpa rasa takut apa lagi sentiasa mengharapkan 'si tua' mengemudi Kerajaan. Ini bukan penghinaan, Orang Muda/Belia sentiasa mampu lakukan 100x ganda lebih baik dari orang tua, itu hakikat.

Kita juga bakal tua, harus percaya pada generasi muda kita kelak mendatang.
Dan waktu ini, waktu saya dan seperjuangan anak muda sabah untuk mengubah Sabah sebelaum masuk umur 'orang tua', kamu pinggirkan kami, kami nda kisah, kerana golongan anak muda sekarang ramai nda berharap, tapi lebih kepada menjadi pencipta / creator.

***

Think.
Salam Minggu.
#UndiRosak jika tiada penyatuan
#NoUnityNovote
#Caps

No comments:

Post a Comment