Sunday, April 29, 2018

Dulu kereta sorong, kini kerusi roda buat Puan Daninung, Pitas - #PoketAmalAPSR

Alhamdulillah, seawal subuh, Pengurus Amal Prihatin Sabah, Saudara Lontugi Red / Sean bersama Sukarelawan Chang kim Ping, Flovia dan Shawna telah berkunjung ke Kampung Rosob Laut, Pitas yang mana kelmarin pihak #PoketAmalAPSR telah menerima permohonan bantuan yang memerlukan melalui hebahan Media Sosial FB.
Pungutan sebanyak RM200 telah berjaya diraih dan menjadi perbelanjaan operasi termasuk pemberian barangan bantuan makanan harian kepada yang memerlukan iaitu Keluarga Puan DANINUNG BINTI SALADI yang berumur 60 tahun. Beliau tidak mampu berjalan dan menanggung sakit sejak 2 tahun lalu. Mereka hanya menggunakan KERETA SORONG untuk bergerak keluar dari rumah terutama urusan Hospital mahupun urusan lain.
Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban beliau sekeluarga hendaknya.
Bagi sesiapa yang menyokong gerakan amal kami, boleh terus bagi sumbangkan ke:
Amal Prihatin Sabah Resources
8602790791
CIMB
Rujukan : Poket Amal APSR
Whatsapp: 0164472994
Semakin banyak dana kita kumpulkan, semakin ramai akan kita dapat bantu semampunya.
Terima kasih pada para penyumbang dan sukarelawan
Semoga semua memperolehi rezeki yang panjang serta kesihatan baik sentiasa.
Terima Kasih sekali lagi.
Ds Chazy
Pengelola
Amal Prihatin Sabah Resources
#Caps

No comments:

Post a Comment