Wednesday, July 26, 2017

Kejar Impian Jutawan - Dulu & Sekarang

Dulu...
5 - 6 tahun lalu asyik kejar title jutawan, masa tu masi kerja biasa-biasa, kerja macam kerbau, macam hamba abdi, pernah homeless, pernah meminta-minta, pernah dimalukan, difitnah, dicaci maki dan paling teruk ditidakkan apa saja impian yang terukir melalui sebutan mulut diri sendiri tidak kisah dari keluarga, rakan-rakan mahupun masyarakat sekeliling.
Macam-macam cara dijalankan, dilanggar, boleh tertiarap, tersungkur malah pernah terkubur dan kurik sendiri keluarkan diri semula dari belengu hidup yang masih 'mencari'.
Pelbagai penemuan-penemuan, ide baru, pandangan jauh serta strategi-strategi hasil trial & error semakin membentuk diri ke arah jutawan.
Guru, adalah diri sendiri, idol diletakkan pada diri, pelajaran adalah pada hasil penulisan orang yang berjaya, rujukan adalah pada mereka yang dulunya kita ikut-ikut menjadi macai pencacai semata ingin menuntut ilmu yang mereka yang sebenarnya tidak ingin mencurahkan ilmu oada kita.
Alhamdulillah, kini title sudah dicapai bukan disebabnya banyaknya duit dalam akaun, tapi hasil pengurusan yang telus, usaha yang berterusan dan usaha yang utuh semata mencapai kejayaan, mampu mendabik dada seketika dan cuba menzahirkan pada mereka yang pernah mengatakan 'SAYA TIDAK BOLEH BERJAYA', 'SAYA MUSTAHIL BERJAYA', 'TENGOKLAH NANTI JATUH JUGA TU'..Dan Sebagainya.
Umur 26 tahun mampu ad! rumah sendiri, 28 tahun rumah ke 2 dan ke 3 serta tanah sendiri sudah digapai, kereta mewah? Jangan cerita tapi adakah itu semua 'Jutawan' sebenar yang dicari....????
***
Sekarang...
Bila Tuhan sudah berikan segalanya apa saja impian yang ingin digapai, hati tak pernah puas untuk menggapai lagi dan lagi sehingga kita diuji...diuji bahawa kejatuhan legasi bukan hanya kerana keterukan pengurusan, tetapi sebenarnya ianya mampu terjadi melalui pelbagai faktor yang lain..bukan luaran..tapi sebenarnya dalaman..
Diuji melalui perasaan, jiwa, emosi serta spiritual adalah ujian terberat pernah dilalui, malah terus berjuang untuk melalui kesan-kesan ujian ini, bersedialah wahai sang pejuang, ujian ini mampu membawa kepada perasaan BUNUH DIRI jika terlalu ambil ringan dalam mencari ubatnya.
Ketenangan adalah harga paling mahal apabila mencapai 'jutawan' yang selama ini diidamkan, rupanya Jutawan bukan suatu tempat selesa, 'jutawan' hanyalah 'title' manusia untuk memperlihatkan mereka di atas orang lain...orang biasa..
***
Kesadaran...
Semakin jauh perjalanan apatah lagi dalam masa singkat, semakin banyak harus dihadam dan dipelajari, ada yang dulu ilmu OK sekarang jadinya TIDAK OK, ada saranan dulunya ini BOLEH..sekarang sebenarnya TIDAK BOLEH..boleh jadi masa depan BOLEH atau OK semula.
Hal ini menjadikan kesadaran kita semakin tinggi, memoerlihatkan kita bagaimana dunia ini bukan hanya sekadar untuk jutawan tapi sebenarnya terdapat KEKURANGAN dalam MIMPI SAYA untuk menjadi JUTAWAN.
Doa saya mahu jadi jutawan, tapi saya lupa berdoa menjadi jutawan yang bebas hutang, lupa berdoa supaya menjadi jutawan dermawan, lupa saya berdoa menjadi seorang jutawan yang membawa orang lain turut sama jadi jutawan, dan banyak lagi kesilapan doa yang selama ini telah dipraktikkan..
Jadi apakah kesadaran yang harus ada bila ingin jadi jutawan?
Banyak, terutamanya kesadaran spiritual sangat penting untuk menjalankan kerja dalam level jutawan. Kesadaran lain adalah melihat aset/wang bukanlah suatu yang harus dibanggakan, akan tetapi seberapa banyak hasil kekayaan yang mampu memberi manfaat pada masyarakat sekeliling. Melihat benda mewah bukan pada tempatnya adalah salah satu tanda sesuatu kesadaran sudah terbuka.
Maka teruslah berkesadaran tinggi, semakin tinggi, semakin kita diatas level keduniaan, seolah melihat segalanya dari langit dan merasa sentiasa semua mahkhluk adalah sama rata sahaja.
Kesadaran ini juga mampu menghancur doktrin ego ilmu yang lain, membataskan diri dalam melakukan suatu yang negatif pada orang lain, dan akhirnya berhasil menjadikan diri malah sekeliling menjadi baik dan hampir sempurna.
***
Kita semua sama saja, tiada tinggi, tiada rendah, semua orang berhak berjaya mengikut level usaha masing-masing..
Sekadar menulis.
#DsChzys

No comments:

Post a Comment