Tadi sebelum buka puasa sempat singgah Shell untuk isi minyak, kebetulan kereta besusun panjang sebab mau pok isi minyak untuk tangki sebelah kiri.
Banyak lagi kosong tapi side untuk tangki sebelah kanan.
Kereta saya tangki sebelah kiri, jadi saya direct pegi pam di tempat sebelah kanan.
Jadi saya duluan isi, duluan jalan teruskan ke destinasi.
Manakala yang lain tetap menanti 'turn' pam minyak dorang.
-
Satu lagi kisah Orang Menang,
Di salah satu restoran Jawa di asia city memang terkenal malangnya pekerja dorang sikit dan order pastinya akan lambat sampai.
Masa tu saya haus, mau minum Cola, balik-balik panggil pelayan tapi nda kena layan.
Akhirnya saya berdiri sendiri, pegi dekat tempat esbok dorang ambil Cola, ambil gelas, cedok ais, ambil lagi gelas dan isi air suam. Serampang 2 mata.
Akhirnya saya dapat apa saya mahu.
Bila lihat meja sebelah-sebelah semua muka panjang berabis minta kena layan, even mee goreng dia pun belum sampai.
Akhirnya saya kenyang, bayar, dan berlalu pergi.
-
Suatu benda yang mudah tapi bukan semua orang mahu dan boleh atau mampu buat kerana EGO di dada tetap ada. Mahu jadi orang yang menang, buat sesuatu yang anda mahukan tanpa perlu orang lain SORONGKAN BANTAL.
Turunkan EGO, jalankan sesuatu walau orang nampak seperti bikin jatuh maruah.
Nampak perkara mudah dan kecil, tapi kemenangan sentiasa ada bila kita mendapatinya sedang orang belum mendapatnya.
-
Sama juga dalam dunia amal, jangan harap atau kecewa bila orang lain nda mau sumbangkan sesuatu atau memberikan pertolongan pada perjuangan kita, jangan paksa orang beramal, teruskan sahaja biar apa sahaja pahit getir lalui saja, kerana kita akan mencapai sesuatu yang orang lain tiada kemudian hari..itulah kemenangan terbesar nanti.
Kisah Orang Menang.
#DreamBigStartSmall
#DsChzys
#DsChzys
No comments:
Post a Comment