Tuesday, March 21, 2017

Sabah harus perbanyakkan Pengilang dan Pengeluar - Penggerak MLM di Sabah diberi cabaran mengorak langkah Jutawan dengan membina produk sendiri.

Saya salute pada orang-orang yang bekerja keras untuk jual produk terutama yang selalu menggunakan sistem MLM, ada yang mampu close customer ratusan malah riibuan ringgit untuk capai target level mahupun sales.
Saya cuma ingin bayangkan, dengan effort mereka ada dan kemampuan 'close deal' hingga ratusan ringgit setiap hari dipindahkan dengan mencipta brand produk sendiri dengan usaha yang sama untuk close customers mereka, saya pasti untung akan berlipat kali ganda malah mampu menjadi jutawan lebih cepat.
Impian saya adalah untuk melihat ramai Anak Sabah sukses, dan ramai #urangkita menjadi PENGILANG dan PENGELUAR terutamanya produk-produk serta perkhidmatan yang diperlukan sehari-hari dan rutin untuk rakyat Sabah khususnya dan amnya Malaysia.
Orang-orang MLM antara orang-orang hebat mampu jayakan misi ini JIKA mereka menggunakan effort sama seperti mana mereka sedaya upaya menjual produk lain hingga berjaya, pasti akan lebih ramai pengusaha yang lebih berjaya dimasa akan datang kelak apatah lagi bila ramai jadi pengeluar produk, Sabah tidak lagi bergantung pada produk import yang kini produk Sarawak dan Malaya juga adalah anyara produk import yang mempunyai lambakan terutamanya di Pasaraya-pasaraya di seluruh Sabah.
Nda percaya? Rajin-rajin baca label produk di pasaraya sekeliling anda.
Siapa yang pernah pegi Sarawak, lihat lambakan produk Made in Sarawak banyak sekali, Malaya jangan ceritalah.
Pandangan saya, rebutlah peluang menjadi Pengilang mahupun Pengeluar, ciptalah produk sendiri, kalau tidak mampu jadi pengilang, REBRANDING antara cara lain menjadikan bisnes sebagai pengeluar, yang penting brand anda sudah kekal dipasaran, tinggal upgrade beli mesin sendiri untk keluarkan sesuatu produk.
Saya sendiri sudah berjinak menjadi pengeluar kecil-kecilan,antaranya tasbih jenama sendiri yang sudah pernah dijual sehingga market Singapura, Brunei mahupun Semenanjung Malaysia dan Sarawak, menjadi pengilang 'Publisher' untuk Buku Yassin dan Doa dalam skala kecil serta produk-produk lain berkaitan event.
Rancangan jangka panjang pula ingin membuat produk harian sendiri contohnya kicap, sos, lada, serbuk makanan dll termasuklah ingin menjadi salah satu pengeluar Sabun Detergent Made in Sabah.
Saya percaya ramai mempunyai impian, ramai yang sudah mengorak langkah, dan paling penting orang-orang hebat yang saya nyatakan, jangan lepaskan peluang, kita JADIKAN SABAH LEBIH BAIK dan Lebih MERDEKA dengan kurangnya bergantung pada produk dari luar Sabah.
Sekadar pandangan peribadi dan buah fikiran.
#DsChzys

No comments:

Post a Comment