Saya sakit cirit birit memang akan pakai daun sireh untuk rawat sendiri tanpa perlu ke klinik/hospital mahupun makan ubat.
Caranya ambil daun sireh, bakar sekejap, ampai terus di bahagian bawah pusat sebelum tidur.
Alhamdulillah tidak pernah tidak sembuh, itulah khasiat sireh.
Saya juga tertarik dengan satu posting di Facebook oleh pengguna bernama Shikin Jaiz tentang Sireh untuk digunakan merawat anak yang menghidapi batuk dan kahak yang mana saya 'copy'kan posting beliau dibawah ini.
"Assalamualaikum..
Salam jumaat..Pagi ni tergerak hati nak cuba petua yang sedang viral ni daun sireh untuk hilangkan batuk dan kahak yang di kongsi dr puan Farhain Azmi
Kebetulan adik ipar bagi daun sireh semalam..Malam tadi eijaz start batuk-batuk,hidung mcm ade hingus tapi tak keluar pun hingus tu..sapu minyak asmak..okay boleh tidur..
Pagi ni nampak tak selesa lg hidung macam tersumbat,so ibu amik daun sireh layur atas api lilin letak balm kemudian letak kat dada eijaz.
Kemudian tak lama tu eijaz bersin..haaaa..kuar cendol hijau..nmpk kelegaannya di situ..
Alhamdulillah..
=====================================
1.layur kan sireh pd api lilin/dapur
2.sebaiknya 2 helai, sehelai untuk dada sehelai letak di belakang badan baby
3.selepas layur letakkan balm/vicks pd daun sireh
4. Letakkan sireh di dada baby dan belakang baby.
5.selamat mencuba☺"
================================
Senang bukan??
Jangan kasih lama, silakan mencuba dan kongsikan diruang komen.
No comments:
Post a Comment