Sekarang Viral penjual Nasi Lemak Anak Dara.
Sampai naik boring pun ada tingu news dia, apapun di ucapkan tahniah pada adik ni sebab mampu 'viral' dan mendapat perhatian dari pelbagai pihak.
Cuma apa yang saya mau kongsikan cerita pada hari ni adalah berkenaan bisnes kecil-kecilan / duit harian dan apakah pengajaran yang boleh kita dapat dari Nasi Lemak Anak Dara ni.
1. Berani berniaga (Melangkah/Langkah Pertama)
Ramai antara kita mempunyai niat, angan-angan, rancangan untuk berniaga akan tetapi sangat jarang yang berani membuat langkah pertama untuk berniaga.
Apa yang dilihat pada adik ini, dia adalah lepasan Universiti (Fresh Graduate) bermakna berpeluang mendapatkan pekerjaan akan tetapi dia memilih untuk membuat duit harian dengan berbisnes di tepi jalan jual nasi lemak.
Satu perkataan adalah berani. Ramai yang berani tapi takut-takut untuk membuka/menjalankan perniagaan, dengan alasan harus ada kedai/gerai sah baru boleh niaga manakala si Dara ini berani 'melanggar undang-undang' dengan berjualan tanpa permit/lesen dari pihak berkuasa tempatan.
2. Branding/Penjenamaan
Dia jual nasi lemak ja, sama dengan nasi lemak lain, tapi dia brandingkan nasi lemak biasa ini dengan nama "Nasi Lemak Anak Dara" yang mana akhirnya menjadi viral hebat jadi bualan ramai.
Siap ada logo warna pink berbentuk bungkusan nasi lemak!
Perlu anda tahu setiap peniaga akan menjadi lebih 'niche' bila mempunai logo perniagaan sendiri.
Perlu anda tahu setiap peniaga akan menjadi lebih 'niche' bila mempunai logo perniagaan sendiri.
Kebanyakan yang baru berniaga, tidak berani jual brand sendiri, tidak yakin, malah ada yang tidak faham bahawa branding adalah suatu perkara yang penting dalam pemasaran dimana untuk didik pengguna untuk setia pada produk keluaran kita.
So next time, siapa saja boleh jual nasi lemak, kuih pisang/pisang goreng, popiah, kueh tiaw dan lain-lain lagi, cuma perkara yang perlu adalah bina brand/jenama anda sendiri walau hanya sekadar produk yang orang panggil biasa-biasa saja.
3. Lokasi jualan
Dalam berniaga tidak semestinya melulu online, at least kalau mau buat jualan makanan kena ada 'port' tempat orang menyinggah, paling sesuai adalah di tempat dimana orang mudah berhenti, mudah parking, luas dan tidak panas. Yang paling penting, tempat laluan orang ramai.
Saya melihat dia telah mengambil inisiatif ini sehingga mampu mempunyai pelanggannya tersendiri.
4. Presentation/Persembahan
Mungkin Siti Hajjar ni dia tau kelebihan pada dirinya yang sudah cute, putih dan cantik menjadi kelebihan untuk menarik ramai pelanggan, paling penting berpakaian kemas, bersih dan sedap mata memandang.
Jika dilihat pada bungkusan nasi lemaknya pula adalah biasa-biasa saja, tapi dia sudah gunakan sepenuh presentation pada dirinya membuatkan produk makanan beliau laku dan disenangi.
5. Hubungan/Contact
Selepas semuanya sudah ada, sememangnya mudah untuk dia dihubungi apabila dia sudah menyediakan medium bisnesnya di alam maya melalui FB, No Telefon/Whatsapp menjadikan 'Nasi lemak biasa' ini dilihat professional.
6. Harga
Para prospek tidak akan menilai harga apabila kesemua faktor berfungsi dengan baik, saya tidak komen pada harga dan saya percaya jika dia buat nasi lemak dara special dalamnya hanya tambah paha ayam dan dijual rm10 tetap ada pembelinya.
**************************************************
Ini adalah sekadar pemerhatian peribadi, saya sendiri belum jumpa atau bertandang ke tempat dia, insyaAllah ada masa singgah juga.
Berikut terdapat contoh gambar lain yang mana sama juga menjual hanya nasi lemak, paling penting Branding/Jenama mereka membuatkan mereka berbeza antara 1 sama lain;
- Nasi Lemak Anak dara
- Nasi Lemak Laki Orang
- Nasi Lemak Spiderman
- Nasi Baryani "kahwin lari"
- Nasi Lemak Laki Orang
- Nasi Lemak Spiderman
- Nasi Baryani "kahwin lari"
#DsChzys
#BicaraBisnes
#jombisnes
#langkahpertama
#radusaja
#duitharian
#BicaraBisnes
#jombisnes
#langkahpertama
#radusaja
#duitharian
No comments:
Post a Comment