Penipuan sejarah seringkali berlaku, apalagi berkaitan Sejarah 'Kemerdekaan' mahupun 'Penubuhan' Malaysia yang banyak menjadi bualan malah perdebatan diantara rakyat Persekutuan Malaysia.
Isunya semakin menjadi #PANAS apabila 31hb Ogos 1957 KEMERDEKAAN MALAYA digembar-gemburkan pihak regim Persekutuan sebagai KEMERDEKAAN MALAYSIA gamaknya dan seterusnya diterapkan dalam silibus pendidikan Sejarah di Sekolah-sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Situasi ini boleh dilihat sebagai penjajahan minda di mana rakyat disuapkan fakta serta informasi melencong sejak dari kecil lagi. Ada sesetengah aktivis menamakannya sebagai FAKTA SEJARAH LONGKANG MALAYA.
Penipuan-penipuan sejarah ini dilihat terus menerus cuba diterobos untuk masuk ke akar fikiran rakyat terutama yang masih kecil di bangku sekolah rendah, dendangan-dengdangan lagu Allahyarham Sudirman kerap berkumandang di corong radio serta tv di Sabah dan Sarawak memperlihatkan seolah-olah Sabah dan Sarawak juga berkongsi untuk menyambut hari besar kemerdekaan Malaya ini.
Gambar-gambar sejarah pula ada yang cuba dimanipulasikan supaya ada pihak yang menyedari bahawa semua peristiwa adalah sama dan jatuh pada tarikh serta masa yang sama, malah tempat yang sama.
Contoh apa yang harus kita sedari seperti gambar di bawah, terdapat orang yang sama, tepat yang sama, dalam 2 'timeframe' sejarah yang berlainan, jangan tertipu dan jangan mudah bingung, kita harus baca, baca dan terus baca, pasti kita akan dapat pencerahan.
Dalam gambar dibawah, Pada Proklamasi Malaysia, lihat saja penonton yang 'membanjiri' Stadium Bukit Jalil ini, begitu 'ramai' seramai semasa Proklamasi Kemerdekaan Malaya.
Kedua gambar tersebut di ketuai oleh Tuntu Abdul Rahman Putra Al Haj, pada 2 tempoh masa itu mempunyai 2 jawatan yang berbeza:
Semasa Proklamasi Malaya, beliau adalah Perdana Menteri Malaya pada tahun 1957
Semasa Proklamasi Malaysia, beliau adalah Perdana Menteri Malaysiapada tahun 1963
Jadi jangan bingung-bingung, jangan pernah rasa bersalah untuk tidak kibarkan bendera Malaysia pada 31 Ogos setiap tahun, Kibarlah bendera Negara Sabah, bendera Malaysia, Sabah, Sarawak dan Malaya pula harus dikibarkan pada 16 September setiap tahun bagi memperingati sejarah PEMBENTUKAN MALAYSIA.
RAKYAT SABAH DAN SARAWAK MOHON BERHENTI MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYA DI SABAH DAN SARAWAK.
RAKYAT MALAYA PULA TIDAK DILARANG MENYAMBUT KEMERDEKAAN ANDA.
SELAMAT HARI MERDEKA MALAYA KE 59
SELAMAT HARI MERDEKA SABAH KE 53
SELAMAT HARI MERDEKA SABAH KE 53
Sekadar perkongsian gambar sumber dari #arkibsabah #peneranganMalaysia
#DsChzys
No comments:
Post a Comment