Monday, December 22, 2014

Siapa Sebenarnya dalam ketakutan? Sabah atau Regim Malaya.

Ada orang kata Sabah Keluar Malaysia boleh menyebabkan Kehancuran kepada Malaysia..Ya Malaysia akan Hancur, Sabah tetap ada. Yang tinggal hanyalah Negara-negara komponen yang pernah berjanji dalam perjanjian Malaysia 1963 lalu.
Semasa awal pembentukan Malaysia, Singapura KELUAR Malaysia....Malaysia tetap wujud bukan? Adakah terdapat huru hara? Malah parlimen Malaysia seolah-olah mempercepatkan proses mengeluarkan Singapura lagi..Singapura jadi apa sekarang? Singapura jadi antara Negara terkaya dan maju dunia.
Jika Singapura mampu KELUAR Malaysia, kenapa perlu ada alasan Sabah tidak boleh KELUAR Malaysia?
Hanya orang kolot tidak berani cuba melangkah ke hadapan untuk kemerdekaan. Mereka masih berpegang dan percaya apa sahaja keluar dari lidah regim penjajah Malaya dan sekutunya..Bermacam-macam andaian kononnya jika keluar Malaysia itu macan2 boleh berlaku..YA! Macam-macam boleh berlaku dan kita cuba rujuk Negara yang TOLAK Malaysia iaitu Brunei dan Negara yang KELUAR Malaysia iaitu Singapura sejak 51 tahun lalu..
Adakah mereka RUGI TOLAK DAN BUANG Malaysia?
Ada siapa boleh jawab?
Dan, adakah UNTUNG Sabah TERIMA Malaya sebagai RAKAN KONGSI kononnya gamaknya dibawah payung Persekutuan Malaysia dan akhirnya diTIPU dan menjadi SETARAF dengan negeri-negeri KERDIL dalam Malaya?
Adakah pertimbangan ini tidak mampu dinilai sehingga anda seolah-oleh terikat dan memerlukan Malaysia/Malaya lagi?
Ingat...
Malaya BUKAN TUHAN Sabah..
Malaya BUKAN TUAN Sabah..
Malaysia bukan TEMPAT BERGANTUNG Sabah...
Tetapi..
SABAH tempat BERPAUT, BERGANTUNG, HARAPAN, FIX DEPOSIT, PUNCA PENDAPATAN BESAR MALAYA/MALAYSIA...
Tanpa MALAYA/MALAYSIA, Sabah tetap SEBUAH NEGARA.
Tanpa SABAH, TIADA MALAYSIA, MALAYA TETAP MALAYA...
Dan TANPA SABAH, Malaya akan kehausan dana dan pendapatan, apatah lagi jika SARAWAK turut sama KELUAR MALAYSIA..Papa kedana lah Malaya...
Sekarang ini anda harus menyedari, SIAPA sebenarnya TAKUT?
Sabah KELUAR MALAYSIA dan Kehilangan rakan kongsi Malaya kah?
Atau..
Malaya Kehilangan SABAH, fix Deposit dan duit poket Malaya?
Think....
Berhenti menghambakan diri pada Regim Malaya/Malaysia...
P/s: Bila sudah KELUAR Malaysia, Malaya atau topengnya Malaysia bukan lagi kerisauan kita, mereka akan menjadi entiti asing sama seperti indonesia dan filipina sebagai negara asing bagi kita. Gunalah minda bezakan apa yang anda fikir dan rasa serta daripada apa yang cuba disuapkan dan didoktrinkan penjajah didalam kepala otak kita.

No comments:

Post a Comment